BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday 5 May 2009

PANTUN TEKA TEKI...

cantik sungguh indah laksana,
jadi tumpuan segenap mata;
dipakai raja di singgah sana,
emas bersalut intan permata.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
sangat berguna di bilik mandi,
untuk mengeringkan tubuh yang basah;
bukannya gayung bukannya baldi,
tolonglah jawab janganlah resah.
--------------------------------------------------------------------------------------
di dalam saku selalu disimpan,
boleh membuka pintu dan peti;
dompet bukan,duit pun bukan,
jika hilang susahlah nanti.
---------------------------------------------------
tika saatnya angin pun hadir,
meliuk cahaya bagai penari;
hidup ibarat sudah ditakdir,
setiap saat membakar diri.


jawapan sila buat di komen or chit chat~

2 comments:

m a i s a r a h said...

ok.....

m a i s a r a h said...

takde sapa ke nak bagi tahu jawapan!!!!
muekk!!!